Fund Awards2008

Friday, June 20, 2008

Inflasi keatas persaraan

Jika anda campak seekor katak ke dalam sebuah bekas air yang berisi air panas, katak tersebut akan melompat keluar. Tapi jika anda letak katak tersebut kesebuah bekas yang mengandungi air yang suam-suam panasnya dan kemudia mula beransur-ansur memanaskan bekas tersebut, katak tersebut tidak akan melopat keluar. Ini adalah kerana katak tersebut dapat menerima perubahan suhu persekitaran beliau. Walaubagaimanapun jika air di dalam bekas tersebut mula mencapai kepada suhu yang akan menggelegak, katak tersebut akan mati tentunya. Ini dipanggil “Sindrom Katak”.
Sindrom ini telah lama meluas di gunakan bersama inflasi. Kita telah lama dibesarkan bersama inflasi sekian lama bertahun-tahun. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mendatangkan masalah kepada kewangan kita jika kita terus mengabaikannya.

Satu Kajian

En. Kamal yang berusia 50 tahun sekarang dan pernah menguruskan sebuah syarikat pembekalan barangan kimia yang sangat berjaya. Pada tahun lepas, beliau telah menjual syarikat tersebut kepada sebuah syarikat multi-nasional yang bernilai RM 3 juta untuk memulakan persaraan beliau.
Disebabkan mempunyai mpengalaman kepada kerugian apabila melaburkan sebahagian modal kewangan beliau di pasaran saham, belaiu bercadang untuk tidak melaburkan sebahagian wang wang tersebut. Sebaliknya belaiu menyimpan RM 3 juta tersebut ke akaun simpanan tetap untuk mendapat keuntungan ke atas faedah simpanan beliau.
En. Kamal percaya beliau dapat hidup dengan senang jika menikmati faedah tersebut pada jangkamasa yang panjang dan dapat menyerahkan RM 3 juta tersebut kepada anak-anak beliau jika sesuatu terjadi kepadanya. Pada pengiraannya, faedah yang akan di dapati dari simpanan tetap beliau adalah lebih kurang RM 120,000 setahun (RM 3 juta x 4% kadar faedah setahun).
Dia percaya dengan keuntungan RM 120,000 setahun yang beliau perolehi dapat menampung keperluan beliau selama mana yang dia mahu, asalkan RM 3 juta beliau tidak terusik di simpanan tetap.

Apa pendapat anda kepada perancangan persaraan En. Kamal?. Adakah anda setuju dengan perancangan beliau?. Tdak adakah masalah kepada perancangan persaraan beliau?.

Permasalahan

Perancangan persaraan En. Kamal adalah contoh yang selalu diamal oleh kita untuk mencapai kebahagian tanpa memikirkan kesan inflasi kepada beliau.
Pada perancangan beliau, inflasi tidak ujud. Beliau menganggap RM 120,000 akan terhasil dari faedah simpanan tetap akan berterusan selama 10 tahun atau 20 tahun akan datang.
Baiklah, kita anggapkan secara purata kadar inflasi adalah 6% setahun dan kadar faedah dari simpanan tatap adalah 4% setahun pada masa terkini. Jika kita memulakan modal simpanan kita sebanyak RM 3 juta pada masa kini, memanglah nilainya RM 3,000,000 walaupun kita tahu apabila matangnya simpanan tetap tersebut ia akan bernilai RM 3,120,000 (RM 3,000,000 campur RM 120,000 dari faedah simpanan tetap). Tetapi jika simpanan tersebut telah matang selama 12 tahun bagaimana pula?. Masih RM 3,000,000 juga kah?. TIDAK ! .
Sebenarnya nilainya telah menjadi hanya RM 1,500,000 sahaja dan faedah simpanan yang didapati hanya RM 60,000 sahaja. Ia telah susut 50%.
Dengan kata lain, anda dapat RM 3,000,000 dan kemudian simpan, kemudian setelah 12 tahun anda keluarkan kembali simpanan tersebut pada kadar inflasi 6%, ia telah telah susut 50%. Dan jika anda teruskan lagi simpanan tersebut kepada 24 tahun, ia akan susut 50% lagi. Jadi inilah kesan dan kekurangan daripada inflasi, ia menyusutkan kemewahan dan kebahagian anda.
Jika En. Kamal meninggal dunia pada usia 86 tahun, beliau hanya meninggalkan kemewahan beliau sebanyak RM 375,000 sahaja daripada yang bernilai RM 3,000,000.
Sebenarnya kita mahu mengganti pendapatan kita dapati ini dengan melabur kepada pelaburan yang akan mendapat keuntungan. Perbezaannya adalah, bila kita mahukan keuntungan tersebut. Ada yang mahukan sekarang, seperti En. Kamal kerana beliau telah pun memulakan persaraan beliau. Yang lain pula tidak mahukan keuntungan pada masa 10, 20 atau 30 tahun.
Jadi, anggarkan pendapatan dari pelaburan adalah untuk dapat mencapai halatuju anda pada masa hadapan nanti. Pada contoh seperti En. Kamal, keuntungan 4% dari RM 3 juta sebanyak RM 120,000 setahun. Tetapi dengan kadar inflasi 6% setahun, setelah 12 tahun nilai kewangan yang beliau boleh dapat hanya separuh pada nilai pada masa kini.
Dengan kata lain, jika anda membeli secawan teh tarik hari ini pada harga RM 1, tetapi pada 12 tahun yang akan datang anda membeli secawan teh tarik yang sama pada harga RM 2.
Keputusannya, pendapatan RM 120,000 anda hanya bernilai separuh sahaja pada 12 tahun yang akan datang. Apabila En. Kamal mencapai umur 74 tahun, kuasa membeli beliau telah menurun separuh lagi nilainya. Jika En. Kamal dapat mencapai umur beliau pada 86 tahun, beliau hanya mendapat kuasa membeli sebanyak satu per lapan sahaja.
Permasalahan inflasi adalah sangat penting dan walaupun kadar inflasi adalah tidak tetap, kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, ia tak akan hilang selamanya. Ia akan kembali dari kadar yang rendah kepada kadar yang tinggi. Malah, lagi lama ia ada pada kadar yang tinggi, kuasa membeli adalah berkurangan dan risiko kepada pelaburan adalah lebih tinggi akan kita hadapi kerana seperti En. Kamal akan hadapi kenan beliau telah tersalah taksir kepada kesan inflasi.

Alternatif Penyelesaian

Pengetahuan mengenai kesan kepada inflasi
Tukar cara pemikiran anda. Cari punya kebarangkali inflasi yang akan anda hadapi dan memahami akan masalah yang akan dihadapi kepada perancangan kewangan anda. Tanpa melihat permasalahan ini, anda akan tidak bertidak kepada keperluannya.
Mengenal pasti waktu persekitaran pelaburan anda
Ramai yang memikirkan bahawa waktu persekitaran pelaburan mereka adalah bersamaan dengan perbezaan antara persekitaran pada masa kini dan persekitaran pada persaraan mereka nanti.
Jadi, apabila anda berumur dan memulakan persaraan pada umur 55 tahun, adakah pada fikiran anda persekitaran pelaburan persaraan anda adalah 5 tahun?. Sebenarnya, anda akan gagal jika anda tidak mengambil kira kesan inflasi dari pertimbangan dari perancangan persaraan jika anda berfikir anda mempunyai masa yang suntuk pada pelaburan anda nanti.
Sebenarnya inflasi akan berterusan pada masa persediaan persaraan anda nanti. Keputusannya, jika anda meninggal dunia pada umur 80 tahun, waktu persekitaran pelaburan anda nanti adalah 30 tahun sebenarnya. (80 - 50 = 30)
Melabur untuk mengelak kerugian dari inflasi
Setelah anda telah mengenal pasti waktu persekitaran pelaburan anda, sekarang anda perlulah melaburkan sebahagian kewangan anda kepada pelaburan jangkamasa panjang (long term investment) yang akan cepat menampung semula kesan inflasi. Sebagai contoh, melabur kepada pelaburan hartanah dan ekuiti. Anda tidak perlu melabur semua pelaburan anda kepada pelaburan ini. Dengan ini anda dapat menampung semula kesan inflasi dengan cepat setelah mengambil kira kesemua keperluan kewangan anda.

Mendapat khidmat nasihat
Jika anda tidak pasti untuk mengurus pelaburan anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari mereka yang mahir dan profesional untuk mengurus pelaburan kewangan anda. Lantiklah dan pilih dari mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti seperti di syarikat-syarikat pengurusan saham atau tabung amanah.

Diambil dari -”NST, 6 Januari, 2008 - Yap Ming Hui (Whitman Independent Advisor Sdn Bhd)”

Kesan Inflasi,Cukai dan kos keatas Pulangan Pelaburan

Kesan inflasi ,cukai dan kos pelaburan keatas pulangan pelaburan perlu dipertimbangkan dengan teliti apabila membuat keputusan pelaburan.Disebabkan kebanyakan pelabur tidak mengendahkan kesan inflasi,cukai dan kos pelaburan,maka akhirnya mereka mendapati pulangan pelaburan dan kekayaan mereka adalah jauh lebih rendah daripada apa yang mereka bayangkan.

Kebanyakan orang menyangka mereka memahami inflasi,namun begitu masih ramai pelabur membiarkan diri mereka menjadi mangsa kepada kesan inflasi yang tersembunyi dan berbahaya keatas pulangan pelabur,ia mempunyai kesannya lebih luas.

Pelabur perlu mengekalkaan kuasa pembeli pelaburan asal mereka dan memperoleh kadar pulangan yang mengatasi kadar insflasi daripada pelaburan tersebut.Dalam tempoh inflasi tinggi
,kuasa membeli aset kewangan turun.Dengan RM100,000 pada hari ini tidak lagi boleh membeli apa yang dibelinya sepuluh tahun dahulu.Sebanya:inflasi.Begitu juga,pelabur yang berfikir bahawa dia perlu menyimpan sejumlah wang tertentu bagi masa depan,perlu berfikir dengan jelas sama ada jumlah tersebut mencukupi dari segi harga dan kos,katakan untuk 15 tahun akan datang.

Faktor kedua yang mengurangkan pulangan kepada pelabur adalah cukai.Sekali lagi bukannya rahsia bahawa semua pendapatan ditaksir bagi tujuan cukai.Di Malaysia,terdapat bermacam-macam cukai bagi jenis pelaburan yang berlainan.Walau bagaimanapun,apabila merancang untuk mengumpul sejumlah modal tertentu pada masa depan,implikasi cukai semasa dam masa depan mestilah diambil kira.

Tuesday, June 17, 2008

Public Islamic Select Treasures Fund



Objectif Dana :PISTF

Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran sehingga RM6.0billion yang memenuhi kehendak Syariah dipasaran domestik.

Polisi Pengagihan: Pendapatan merupakan matlamat sampingan
Profil Risiko Dana : Risiko Tinggi
Profil Pelabur :
Bersifat agresif dalam menerima risiko dan ganjaran.
Pelabur jangka sederhana hingga panjang.
Boleh menangani situasi pasaran yang turun naik untuk jangka masa panjang bagi mencapai
pertumbuhan modal.

Bayaran perkhidmatan sehingga 5.5% NAB seunit akan dikenakan keatas pembelian unit Public Dana Islamic Select Treasure (PISTF).Public Mutual tidak mengenakan bayaran belian balik keatas penjualan unit PISTF oleh para pelabur.

Apakah ciri-ciri utama PISTF ?
Sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal melalui
pelaburan dalam syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran sehingga RM6 billion yang
memenuhi kehendak Syariah dipasaran domestik.
Pendedahan ekuiti : Diantara 75% hingga 95% daripada NAB dana.
Terbuka kepada Skim pelaburan Ahli KWSP.

Apakah peluang pelaburan yang ditawarkan oleh PISTF kepada bakal pelabur ?
PISTF memberikan peluang kepada pelabur-pelabur untuk mengambil bahagian dalam
potensi pertumbuhan jangka panjang sebuah portfolio pelbagai syarikat yang mempunyai
modal pasaran sehingga RM6 bilion yang memenuhi kehendak Syariah di pasaran domestik.

Dana ini berfokus pada mengenalpasti syarikat-syarikat yang mempunyai potensi
pertumbuhan yang kuat dan syarikat-syarikat yang diniagakan pada nilai yang menarik
dengan asas yang kukuh.

Siapakah yang paling sesuai untuk melabur dalam PISTF ?

Pelabur-pelabur KWSP dan tunai yang ingin mencapai modal dengan melabur dalam sekuriti
yang mempunyai modal pasaran sehingga RM6 bilion yang memenuhi Syariah dipasaran
domestik.

Ia juga sesuai untuk pelabur-pelabur sedia ada dan pelabur-pelabur prospektif yang bersifat
agresif dalam menerima risiko dan ganjaran serta boleh menangani situasi pasaran yang turun
naik untuk jangka masa panjang bagi mencapai pertumbuhan modal.


Sunday, June 15, 2008

Public Mutual name "Best Islamic Fund Manager in Asia"for 2nd Consecutive

Public Mutual Bhd won the “Best Islamic Fund Manager in Asia” Award by the Failaka Advisors for the 2nd consecutive year. The award was presented by Mr Mark J Smyth, Managing Director of Failaka Advisors to Public Mutual’s Chairman, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow during Public Mutual’s Annual Awards Night held on 15 May 2008 at Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
The Failaka Advisors, with headquarters in Dubai, UAE and offices in Chicago, USA, is a recognised leader in the field of Islamic funds research. The Failaka Islamic Fund Awards stand apart as the benchmark for excellence in the field of Islamic fund management and represents a high-water mark for award winners.
In presenting the award to Public Mutual, Mr Mark J Smyth said, for the 2nd year he is happy to present Public Mutual with the award for Best Islamic Fund Manager- Asia. He also said that in terms of Shariah-compliant funds, Public Mutual’s funds have once again outperformed the benchmarks by the highest percentages. In a market where many clients have demonstrated a preference for Islamic funds, Public Mutual is well-placed to take advantage of this demand. The team of Public Mutual have proven remarkably consistent in managing their Shariah funds and the proof is in their performance. No doubt performance has played a role in their tremendous asset growth.
In his acknowledgement speech, Tan Sri Teh expressed pride that Public Mutual is once again receiving this international recognition. “The award reflects Public Mutual's commitment to do its utmost to give value to our unitholders,” he said. Tan Sri Teh dedicated the award to Public Mutual’s board of directors, management, staff, agency force and unitholders in appreciation of their passion and zeal in helping put Public Mutual on the map of excellence.
Public Mutual is the largest private unit trust company in Malaysia, and it manages 62 funds for more than 1,800,000 accountholders. As at 30 April 2008, the total NAV of the funds managed by the company was RM27.8 billion.

Makna Pelaburan Unit Amanah ( Unit Trust )

Apakah unit amanah (Unit Trust)?

Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.Pengurusan danaDana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.PendapatanJumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Pelaburan Unit Amanah


Tahniah sekiranya anda telah membuat keputusan untuk melabur. Ini bermakna anda faham kepentingan menabung dan merancang masa depan.Ada DUA cara menyertainya.TUNAIPertama dengan pelaburan secara tunai.Minima pelaburan ialah RM1000 bagi setiap dana dan tambahan seterusnya minima sebanyak RM100. Tiada had maksima. Anda boleh menjadi pelabur individu dan korporat . Kelebihan menjadi pelabur korporat adalah syarikat akan mendapat pengecualian cukai (hanya keuntungan/dividen yang akan dikenakan cukai)Pelabur baru perlu menyertakan salinan IC dan mengisi borang 'New Inverstor' serta 'New Investment'Sekiranya anda pernah melabur dalam Public Mutual sebelum ini, hanya isi 'New Investment Form'Pembayaran boleh dibuat melalui tunai atau cek kepada PUBLIC MUTUAL BERHAD.KWSPKedua dengan melabur melalui pengeluaran sebahagian daripada KWSP.Anda layak melabur sekiranya akaun 1 anda melebihi simpanan asas yang ditentukan mengikut peringkat umur. Tetapi, hanya 20% daripada baki tadi yang boleh dilaburkan. Pengeluaran daripada akaun KWSP boleh dilakukan 3 bulan sekali.Berikut adalah jadual simpanan asas akaun 1 KWSP mengikut umur :18 tahun : 1,000 19:2,000 20:3,000 21:4,000 22:5,000 23:7,000 24:8,00025 : 9,000 26:11,000 27: 12,000 28:14,000 29: 16,000 30:18,00031:20,000 32: 22,000 33:24,000 34:26,000 35:29,000 36: 32,00037:34,000 38:37,000 39:41,000 40:44,000 41:48,000 42:51,00043:55,000 44:59,000 45:64,000 46:68,000 47:73,000 48:78,00049:84,000 50:90,000 51:96,000 52:102,000 53:109,000 54:116,00055:120,000Contoh : En Mukhtar berumur 40 tahun pada 20 Oktober 2008 tetapi dia ingin melabur sebelum 20 Okt 08. Umur kiraan asas beliau adalah 39 tahun, simpanan asas 41,000. Katakan simpanan asas akaun 1 beliau adalah 50,000.=(50,000 - 41,000) x 20%= 9,000 x 20%= 1,800Beliau layak mengeluarkan RM1,800 daripada simpanan KWSP beliau. Jika beliau ingin melabur melalui pemotongan simpanan KWSP lagi, beliau perlu menunggu 3 bulan lagi dan formula di atas akan digunapakai sekali lagi.Anda yang ingin membuat pelaburan melalui pemotongan akaun KWSP perlu membawa penyata KWSP semasa dan salinan IC. Hubungi konsultan anda dan isi borang yang diberikan.